Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Ziela Jalil atau nama sebenarnya
Norzilah binti Abdul Jalil, 45, telah memuatnaik sekeping foto yang mengandungi
keterangan 'Datuk Hans Isaac' menerusi laman Instagram miliknya.
Foto tersebut diambil ketika Ziela Jalil terserempak secara tidak sengaja
dengan kawan rapat Neelofa itu baru-baru ini di satu tempat yang dirahsiakan.
Perkongsian berkenaan menimbulkan tanda tanya dari kalangan wartawan
samada Hans Isaac kini sudah bergelar Datuk atau Ziela sekadar bergurau. Ini
kerana, tiada sebarang penganugerahan pingat kebesaran yang ditujukan kepada
aktor kacak itu selain gelaran kontroversi oleh Kerajaan Naning.
Hans yang dihubungi media semalam bagaimanapun tidak menjawab sebarang
panggilan disebabkan beliau sedang sibuk di Singapura atas urusan kerja.
Apapun, jika benar Hans Isaac sudah bergelar Datuk maka ia satu berita gembira
buat peminatnya.-sumber