15 Rupa Pengasas Jenama Terkemuka Yang Anda Tidak Pernah Lihat


Tahukah anda, banyak pengasas jenama terkemuka tidak kita kenali
rupanya. Jadi mari kita lihat 15 rupa pengasas jenama terkemuka yang
menggunakan nama mereka sebagai nama syarikat.


Ramly Mokni – Pengasas Ramly Burger. Diasaskan pada tahun 1979 dengan
sebuah stall burger jalanan di Lorong Haji Hussein. Kini Burger Ramly menjadi
pemandangan biasa di seluruh Malaysia dan dianggap burger paling legendary!


Datuk Haji Ibrahim bin Haji Ahmad Badawi ialah pengasas Brahim’s.Produk
makanan melayu freeze dried Brahim menjadi makanan pengubat rindu student
Malaysia yang tak reti memasak. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1986. Beliau
ialah adik kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif pengasas Habib Jewels. Habib Jewels
ditubuhkan pada tahun 1958. Kedai pertama dibuka di Pitt Street Pulai Pinang.


Julius Michael Johannes Maggi ialah pengasas syarikat Maggi. Beliau seorang
anak imigran Itali yang dilahirkan di Switzerland. Produk awal Maggi ialah stok
sup.Maggi diasaskan pada tahun 1872.


Hirotake Arai ialah pengasas syarikat helmet terkemuka ARAI. Syarikat ini
ditubuhkan pada tahun 1926. Hirotake sebenarnya seorang pembuat topi pada
asalnya tetapi kerana minat menunggang motosikal beliau menghasilkan helmet
buatan tangan. Syarikat ini kini di bawah penguruasan anak beliau Mitch Arai.


Bobbi Brown ialah pengasas alat solek Bobbi Brown. Beliau memulakan kareer
sebagai jurusolek profesional. Apa yang beliau sedari ialah alat solek yang dijual
dipasaran tidak sesuai untuk memberikan rupa natural kepada pemakainya. Pada
tahun 1991 beliau menjual gincu ciptaan belia. 100 gincu pertama terjual dalam
masa sehari dan produk ini kini terkenal di seluruh dunia.


Shojiro Ishibashi ialah pengasas syarikat tayar Bridgestone. How is this his named
after him? Ishibasi bermaksud Bridgestone dalam bahasa inggeris. Syarikat 
tayar ini sudah beroperasi sejak 1931. Beliau meninggal dunia pada tahun 1976.


John Cadbury ialah pengasas syarikat pengeluar cokat Cadbury pada tahun 1824
di Birmingham England. Cadbury ialah syarikat yang mencipta chocolate bar.
Selain daripada itu John Cadbury juga adalah pengasas persatuan pencinta
haiwan pertama di Britain.


Christian Dior ialah pengasas jenama fesyen terkemuka Dior. Ianya diasaskan
pada tahun 1946. Rekaan Christian Dior dipakai oleh wanita ternama seperti Evita
Peron dan Marlene Dietrich. Beliau meninggal dunia pada tahun 1957 akibat
serangan jantung.


Estee Lauder mengasaskan syarikat alat solek beliau pada tahun 1946 dengan
bantuan suamia beliau Joseph Lauder. Nama sebenar Estee Lauder ialah Josephine
Esther Mentzer dan beliau adalah anak kepada dua migran yang berasal dari
Hungary. Nama samaran beliau sejak kecil ialah Esty. Ejaan Estee dipilih beliau
because that was how Esty is prounouced in Hungarian. Produk awal Estee Lauder
ialah produk membersihkan dan krim kulit. Beliau meninggal dunia pada tahun
2004 pada usia 97 tahun.


Victor Hasselblad mengasaskan syarikat kamera high end terkemuka Hassleblad
pada tahun 1941. Kamera Hassleblad terawal dihasilkan bagi kegunaan intipan
Tentera Udara Sweden ketika perang dunia kedua. Kamera keluaran Hassleblad
sangatlah bad ass ianya digunakan untuk mengambil gambar di permukaan bulan.
Victor meninggal dunia pada tahun 1978.


Li Ning memulakan kareer beliau sebagai ahli gimnastik. Pada tahun 1984 beliau
memenangi 6 pingat termasuk 3 pingat emas pada temasya sukan Olimpik.
Selepas bersara dari dunia sukan beliau mengasaskan syarikat alatan sukan 
Li Ning pada tahun 1990.


Liz Clairborne mengasaskan syarikat pakaian beliau sendiri pada tahun 1976.
Beliau bosan dengan masalah kesukaran mencari pakaian untuk kegunaan wanita
bekerja. Dalam masa 2 tahun sahaja jumlah jualan Liz Clairborne meningkat ke
USD 23 juta setahun. Beliau adalah wanita pertama yang menjadi CEO Fortune
Top 500 company. Liz meninggal dunia akibat kanser perut pada tahun 2007.


Louis Vuitton mengasaskan syarikat membuat trunk menyimpan pakaian pada
tahun 1854. Trunk memuatkan pakaian pada waktu itu mempunyai penutup
melengkung (seperti kotak harta karun pirate edisi default). Rekaan LV berbeza
kerana ianya rata dan ini membolehkan ianya disusun dengan mudah. Sounds like
a no brainer tetapi inilah inovasi yang dibawa oleh LV. Dari menjual trunk pakaian
LV kini menjadi syarikat barangan mewah terbesar dunia dan kini juga memiliki
jenama Dior!


Adolf dan Rudolf Dassler mengasaskan syarikat kasut sukan Gebrüder Dassler
Schuhfabrik pada tahun 1924. Selepas perang dunia kedua Adolf dan Rudolf
bergaduh dan mengakibatkan syarikat ini dibubarkan. Rudolf Dassler mengasas
kan PUMA manakala Adolf “Adi” Dassler mengasaskan Adidas pada tahun 1948.

Tahukah anda ketika perang dunia kedua,Gebrüder Dassler Schuhfabrik
menghasilkan but untuk tentera Nazi? Adik beradik Dassler juga merupakan ahli
Nazi. Weird thing is despite of this Adi Dassler menghasilkan kasut untuk Jesse
Owens, pelari pecut Amerika Syarikat yang berkulit hitam.Sumber: Blog Serius

KONGSI KEPADA RAKAN