BERLIN - Seorang pengacara televisyen Jerman, Hans Blomberg ditampar
oleh rakan setugas wanita ketika mereka mengendalikan satu program yang
disiarkan secara langsung, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Blomberg yang berumur 31 tahun ditampar kerana dia meraba payu dara rakan
setugasnya, Susanka Bersin.Ketika kejadian, Blomberg dalam persediaan untuk
mengumumkan satu keputusan pertandingan nyanyian di wilayah Baden.
Blomberg meraba baju Susanka di bahagian payu daranya.Susanka menampar
Blomberg kerana terkejut dengan perbuatan pengacara lelaki itu.Sebelum
meraba payu dara Susanka, Blomberg berkata: "Bagaimanapun, dua mata
tercantik masih kekal berada dalam tangan saya."
Dia kemudian meraba payu dara Susanka yang berumur 28 tahun itu.
Tindakan itu mengejutkan Susanka yang kemudian menamparnya.Blomberg
berkata, dia tidak mengetahui kenapa perbuatannya itu mencetuskan
kekecohan.
Dia berkata: "Skandal yang sebenar ialah dia menampar saya dan bukan
saya meraba payu daranya."Ketua Blomberg, Karsten Kroeger mengaku
perbuatan pengacara lelaki itu sebagai keterlaluan tetapi mengumumkan
dia tidak akan memecatnya. - Agensi