Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi kononnya pengantin perempuan
yang meninggal dunia 3 jam sebelum majlis persandingan telah dicabut nyawa
nya oleh'benda' yang dihantar pengamal ilmu sihir (black magic).
KUALA LUMPUR 26 April - Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin
perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan
Yayasan Felda di Kelana Jaya, dekat sini hari ini.
Junaida Jamaludin, 29, yang baru diijabkabulkan dengan pasangannya,
Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, malam tadi, ditemui tidak bernyawa oleh
ahli keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30 pagi.
Lebih menyedihkan, kematian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga lain
sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang dijangka
bermula pada pukul 11.30 pagi dengan jemputan seramai 900 orang.
Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau
bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai
berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala.
Sebahagian daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik sahaja
sampai di dewan berkenaan yang 'suram', sebelum mengetahui berita kematian
tersebut.
Abang Junaida, Kamarul Affendy, 38, berkata, segala persiapan telah siap
sepenuhnya dan mereka sekeluarga hanya menunggu persandingan kedua-dua mempelai disempurnakan sahaja.
Namun katanya, takdir telah mendahului mereka apabila adik bongsu daripada
empat beradik itu telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat menunaikan
tanggungjawab sebagai isteri.
"Kami semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu kerana
ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap dan kami
hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan bersanding
di pelamin yang dihias indah.
"Namun semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik telah
meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami jadikan
sebagai kenduri arwah sahaja," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Menceritakan kejadian itu, Kamarul Affendy memberitahu, Junaida gagal
dihubungi ahli keluarga yang lain ketika mereka sekeluarga mahu ke dewan
untuk persiapan terakhir.
"Kami semua sepatutnya berada di dewan itu pada pukul 9 pagi dan ada ahli
keluarga yang lain cuba menghubungi adik namun panggilan tidak berjawab.
"Kami kemudian ke biliknya dan kami sangka dia tidur kerana terlalu letih
ekoran majlis malam tadi, namun semuanya berubah apabila menemukan
dia tidak sedarkan diri," katanya. -UTUSAN MALAYSIA