Pertelingkahan di antara dramatis Lisdawati (Lisda) dan pelakon Sharnaaz Ahmad
yang tercetus pada pertengahan Februari lalu, cukup mendapat perhatian ramai.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan lanjut daripada Lisdawati.
Sementara Sharnaaz Ahmad, barubaru ini memberitahu media yang dia mahu me
Sementara Sharnaaz Ahmad, barubaru ini memberitahu media yang dia mahu me
nyelesaikan hal itu tetapi hanya menunggu masa yang sesuai.
“Tak ada logiknya nak tunggu isteri saya bersalin atau tidak sebab isteri saya sihat
walafiat. Hari ini (semalam) dia masih lagi boleh terbang ke Sarawak. Masa dia
me nunaikan umrah pun, dia mengandung dan dalam keadaan sihat. Jadi tidak
ada alasan langsung”
“Sebab kalau setakat dia nak selesaikan perkara ini secara baik dan tak ber
gaduhh, ia tak akan mempengaruhi kandungan isteri saya”, kata Fauzi Nawawi
yang ditemui pada majlis tayangan filem usahasama tiga negara Malaysia-
Indonesia-Jepun berjudul Bushido Spirit: Sang Pemberani, bertempat di
e@Curve, Damansara,semalam.
Fauzi Nawawi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan
Sharnaaz yang mahu menyelesaikan pertelingkahan tersebut sebaik saja selepas
isterinya bersalin.
Lisdawati sekarang sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin sekitar bulan
Mei ini. Menurut Fauzi, mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.
Tambahnya lagi, dia kini hanya menunggu surat saman daripada Sharnaaz seperti
yang dinyatakan sendiri oleh pelakon itu di dalam sebuah program hiburan,
beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun Fauzi bersedia untuk bersemuka sekiranya Sharnaaz ingin me-
nyelesaikan perkara ini secara baik dan tidak mahu mengambil apa apa tindakan
undang undang.
“Saya tak nak ambil apa-apa tindakan. Tapi saya dengar dia nak saman saya.
Sekarang ni saya tengah tunggu surat saman dari dia lah ni. Setakat ini saya tak
dapat apa-apa surat dari penguam dia. Kalau boleh saya minta dia cari jalan
penyelesaian. Kalau dia tetap nak saman, silakan. Kalau dia nak berdepan dan
selesai cara baik, saya bersedia,” katanya lagi.