‘Kami hanya beromen’


Sungai Petani: “Saya hanya berasmara saja dengan dia (teman lelaki) dan 
bukannya melakukan hubungan seks pun.”Begitu alasan memualkan seorang
gadis berusia 21 tahun apabila ditahan bersama pasangan lelakinya di dalam 
bilik sebuah hotel murah, semalam dalam operasi bersepadu syariah oleh 
Jabatan Hal EhwalAgama Islam Kedah (JHEAIK) bersama beberapa agensi lain.

Gadis itu dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan jam 2 pagi antara tujuh
pasangan yang dicekup kerana berdua-duaan di dalam bilik di beberapa
buah hotel sekitar bandar ini dalam serbuan berasingan.

Ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kulim
terbabit hanya berbaju-T dan bertuala ditemui bersembunyi di belakang pintu 
ketika teman lelakinya membuka pintu selepas diketuk berulang kali oleh 
pegawai penguat kuasa.

PEGAWAI JHEAIK mengambil keterangan pasangan kekasih yang ditahan
dalam serbuan.Gadis itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel yang
disewa teman lelakinya pada harga RM30 semalam kerana tidak mahu 
pulang ke rumah selepas dimarahi bapanya akibat gagal membayar ansuran 
motosikalnya selepas berhenti kerja di sebuah kilang.

“Selepas dimarahi bapa, saya keluar dari rumah dan menunggang motosikal
 datang ke rumah ibu saudara di Sungai Petani, tetapi disuruh pulang walaupun
 saya enggan berbuat demikian lalu menelefon teman lelaki agar menyewa
 sebuah bilik hotel.

“Saya dan dia (teman lelaki) tidak buat apa-apa pun, cuma ringan-ringan 
 saja sebelum kena serbu,” katanya ketika disoal selepas ditahan, namun
 mengaku pernah tidur bersama beberapa kali sebelum ini.-bh.net
KONGSI KEPADA RAKAN