INILAH MAJALAH PLAYBOY KHAS ORANG BUTA

Majalah playboy khas untuk orang buta telah di cipta, lengkap dengan tulisan
 braille dan gambar timbul membentuk anatomi tubuh lelaki dan wanita dengan 
 pose menghairahkan.

Dalam majalah itu terdapat 17 gambar bertekstur. Di antaranya, menampilkan 
gambar wanita tanpa pakaian dan juga gambar lelaki sasa yang tidak berpakaian.

Majalah ini dicipta oleh Lisa Murphy, dan diberi nama 'Tactile Minds'. Majalah 
yang direka bentuk untuk dinikmati oleh orang yang cacat penglihatan atau buta, 
ini boleh didapati dengan harga £150.

Lisa Murphy, wanita berasal dari Canada ini mengatakan, ia menciptakan majalah
ini kerana "Ketika ini, belum ada majalah dewasa khusus yang menampilkan 
gambar model tanpa berpakaian dengan bentuk tactile (mampu dirasa)," katanya.

"Kami cuba untuk mengubah keadaan itu. Majalah 'Playboy' sudah memiliki edisi 
dengan tulisan braille, tapi belum ada edisi yang menampilkan gambar inilah satu-
satunya", ujarnya lagi.

Untuk orang buta pun ada majalah playboy...








KONGSI KEPADA RAKAN