Artis Bertudung BOGEL depan Pengarah


Hampir setiap hari SS dengar artis berhijrah sama ada wanita mahu pun
lelaki.Baguslah apabila mereka semakin menyedari tanggungjawab terhadap
 Allah s.w.t.

Bercakap soal hijrah ini, SS harap mereka faham erti penghijrahan dan bukan 
sekadar mengikut keperluan untuk berfesyen.

Ini kerana SS tengok sekarang fesyen Muslimah semakin berkembang 
sebagaimana fesyen moden yang lain.

Cara dan gaya bertudung juga jauh beza, ada yang berbelit di leher, fesyen 
turban, berenda, beropol, memakai tudung tiga empat lapis dengan jalinan
 pelbagai warna serta banyak lagi gaya bertudung yang menjadi gaya terkini.

Baru-baru ini, SS berjumpa seorang pereka fesyen yang juga kenalan lama SS
sejak belajar di kolej lagi. Dia meluahkan rasa yang terpendam di hati apabila 
melihatkan ragam artis yang dikatakan sudah berhijrah ini.

Kalaulah rakan SS ini masih tahu batas aurat antara lelaki dan wanita,
takkan artis yang kononnya sudah berhijrah itu pula tak tahu nak mem-
bezakannya atau sengaja buat tak tahu.

Artis ini menghadiri sesi fotografi dengan satu majalah dan dia menggayakan 
fesyen rekaan rakan SS itu. Walaupun naluri rakan SS ini lebih ke arah
kewanitaan, tetapi dia tetap sedar yang dia dilahirkan sebagai seorang lelaki, 
jadi mereka berdua bukanlah mahram.

Namun belum sempat dia memberikan bajunya kepada artis terbabit dan
sebaik menoleh ke arahnya, artis berkenaan sudah menanggalkan bajunya.
Artis terbabit ketika itu hanya bercoli, tetapi kepalanya masih bertutup!

Tak terkatalah rakan SS dan artis itu tanpa segan silu memintanya membantu
memakaikan baju untuk sesi fotografi itu. Pelik rakan SS memandangnya,
memanglah mereka berdua dalam bilik persalinan, tetapi cara artis itu memang 
tak kena.Rakan SS itu mengadu pada SS yang dia tak faham konsep artis 
sekarang yang kononnya sudah berhijrah. 

Takkan sekadar menutup kepala dan pakai baju labuh dikatakan berhijrah 
dan insaf sedangkan perlakuan masih begitu juga.

Bukan saja artis, kepada sesiapa yang nak berhijrah ataupun sudah berhijrah
tak perlulah tergedik-gedik nak beritahu yang dia adalah Muslim atau 
Muslimah sejati. 

Bukan setakat penampilan, tetapi buktikan dengan perbuatan sekali.Menurut
rakan SS itu lagi, ramai lagi artis bertudung yang masih tidak kisah ‘berbogel’
depan pereka fesyen di kalangan lelaki lembut ini. Opps! siapakah mereka, 
nanti SS teruskan siasatan. -hmetro
KONGSI KEPADA RAKAN