Aksi “gelojo” wanita bertudung dengan kekasih dalam kereta dirakam


MEMALUKAN, itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak 
senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabilatanpa segan silu mel-
akukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang 
lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat 
dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.

Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan 
dengan bertudung dan berbaju kurung. Orang awam dikenali sebagai Fook 
berkata, adegan memalukan dalam keretajenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 
20 minit.

Menurutnya, dia kebetulan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak 
kelibatmencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana 
bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.

“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan 
 kekasih itu sedang asyik bermadu asmaradi tempat terbuka tanpa segan silu,
” katanya.

Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun 
masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali 
sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui
kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu me
lakukan aksi terlarang.

Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan 
pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana 
aksi yang dirakamkan itu.

“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat 
 rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.

“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana 
 mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya
KONGSI KEPADA RAKAN