gambar hiasan
KISAH menyayat hati ini kami siarkan sesuai dengan isu semasa yang dipaparkan,
tentang gejala sosial muda mudi, anak-anak kita yangsudah rosak akhlaknya dan
Kisah benar yang dilalui Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz ini berdasarkan \
pengalaman beliau. "Ambillah iktibar dan renungkanlah kisah yang terjadi
ini," tegas beliau sambil memetik firman dan hadis-hadis yang berkaitan
dengan kisah tersebut.
Baca dan hayatilah betapa terseksanya seorang isteri yang melakukan perbuatan
curang di belakang suaminya, tatkala berkursus di luar negara! Bukan saja
menduakan suami tetapi berbuat perkara keji dan terkutuk dengan lelaki asing!
Akibat dosa dan noda yang dilakukan, si isteri menerima azab dan pembalasan
ketika di dunia lagi. Ustaz Hassan mahu pembaca mengambil teladan apa yang
berlaku.
Bertauhatlah sebelum terlambat! Jauhilah segala larangan Allah - maksiat, zina
dan perbuatan keji yang dilaknat Allah.Semoga kisah ini memberi pedoman
berguna! kepada pembaca budiman.Hayatilah kisah ini yan. diceritakan
Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz,Pengarah Urusan sebuah syarikat travel and tours.
SAYA perhatikan Ashikin yang masih tidak putus-putus berwirid di depan
Kaabah. Jari-jemarinya membilang butir-butir tasbih dan mulut terkuma kamit
memuji Ilahi. Sekejap dia menunduk ke bawah, kemudianmemandang semula
ke arah Baitullah yang tersergam beberapa puluh meter di hadapannya.
"Ai... dah pukul 12.00 malam, tak nak balik lagi ke?" kata saya di dalam hati.
Sambil melangkah saya mengerling lagi ke arah Ashikin yang duduk di hujung
sekumpulan jemaah wanita. Rasa ingin tahu saya ini makin bertambah apabila
saya lihat dia mengesat-ngesat matanya dengan hujung telekung. Menangis
lagikah dia?
Mungkin bagi orang lain tiada apa-apa yang pelik kalau bertasbih, berwirid
dan menangis di depan Kaabah hingga larut malam. Apa yang dipelikkan
sangat, orang lain pun begitu. Betul, tapi Ashikin lain.
Saya perhatikan sudah beberapa hari sejak tiba di Mekah ini, Ashikin tiba-tiba
saja berubah perwatakannya. Setiap waktu saya dapat perhatikan wanita itu
akan berdoa dan sujud di depan Baitullah sehingga kain telekungnya basah.
Melihatkan kelakuannya itu, tanya rakan se biliknya,namun dia hanya
gelengkan kepala.Mulanya saya tidak ambil kisah dengan kelakuan Ashikin
itu.Pada fikiran saya mungkin dia terlampau gembira dan takjub dengan
keadaan di Tanah Suci sehingga menitiskan air mata. Namun bila setiap hari
dia asyik menangis dan meratap hiba, saya mula tidak sedap hati.
Maklumlah sepanjang menge-nalinya selama beberapa tahun, Ashikin orang
yang sentiasa ceria. Ada-ada saja ceritanya diselang-seli dengan gelak ketawa.
Pelik, waktu mula-mula hendak ke Mekah bersama 40 lagi jemaah yang
saya pimpin, dialah yang paling seronok sekali.
Tetapi bila sudah sampai diMekah lain pula jadinya.Dulu kalau terserempak
dengan saya pasti ada cerita akan dikhabarkan nya pada saya. Tentang itulah,
tentang inilah.
Paling tidak pun, senyum dan mengucap salam. Kata wanita itu, dia betul-betul
gembira sebab sudah lama menyimpan hajat hendak ke Tanah Suci. Jadi apabila
impian itu tercapai, tentulah seronok. Tambahan pula dapat menunaikan ibadah
itu dalam bulan Ramadan yang penuh berkat.Bukan itu saja, sepanjang berada
di Tanah Suci dia juga merupakan wanitayang sangat rajin ke masjid pada setiap
waktu solat dan menjadi contoh kepada parajemaah wanita yang lain.
Namun masuk hari keempat di Mekah, saya dapati perwatakannya tiba-tiba
berubah. Dia tidak semena-mena jadi pendiam. Wajahnya murung dan
tawar. Bila terserempak, hanya senyuman hambar yang dilemparkannya
kepada saya. Tiada lagi gelak tawa atau bual-bual panjang.
Ashikin cuma mengucap salam, kemudian berlalu dengan wajah muram dan
gelisah.Masanya juga lebih banyak dihabiskan di Masjidilharam. Di situlah dia
berwirid, bertasbih, solat, berdoa dan menangis dengan sesungguh hati.Seperti
yang saya katakan, kalau terjadi pada orang lain, saya anggap ini perkara biasa.
Tapi bila berlaku pada Ashikin, saya jadi pelik. Kalau tiada apa-apa, mustahil
orang yang periang macam Ashikin itu tiba-tiba jadi pendiam.Mesti ada sesuatu
yang dah berlaku.
Tapi apa dia?
Saya berhenti melangkah. Hasrat untuk balik ke bilik saya tangguhkan dulu
walaupun badan letih dan mengantuk. Saya sebaliknya berdiri memerhatikan
Ashikin dengan perasaan sebak. Riak wajahnya yang begitu sugul, meruntun
hati saya untuk mengetahui, bahana apalah yang menimpanya sehingga
membuatkan perasaannya begitu sedih dan sayu.
Saya menghampirinya perlahan-lahan, kemudian memberi salam.
"Tak balik lagi ke? Dah lewat ni..." kata saya sambil bertinggung di sebelahnya.
Ashikin hanya menggeleng kepala. "Kejap lagi,"jawabnya ringkas.Setelah itu
saya cuba bertanyakan kenapa dia tiba-tiba saja berubah jadi pendiam.
Ada masalah ke? Lagipun sebagai ketua rombongan saya bertanggungjawab
untuk memastikan para jemaah di bawah kelolaan saya berada dalam keadaan
yang baik.Wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu pandang wajah saya
sambil mengesat air matanya dengan hujung telekung. Riak-riak kekesalan
tergambar di wajahnya."Kenapa dengan awak ni? Macam ada masalah aja,
sebelum ini saya nampak awak betul-betui ceria dan bersemangat nak buat
umrah, tapi dah dua tiga hari ini tengok awak sedih aja," saya bertanya lagi
dengan lembut.
Ashikin hanya tersenyum hambar. "Tak ada apalah, ustaz," jawabnya."Kalau tak
ada apa-apa, kenapa saya tengok awak lain macam aja. Tiba-tiba aja jadi
pendiam, duduk masjid sampai larut malam, menangis," sambung saya.
Ashikin mendiamkan diri lagi. Macam ada sesuatu yang hendak disampai
kannya, tapi tiada sepatah perkataan pun dilafazkannya.
"Bukanlah saya nak selongkar rahsia awak, tapi kita ni dah kenal lama, sejak
awak belum ke Mekah lagi. Kalau ada apa-apa masalah, beritau saya. Kalau
saya boleh bantu, saya bantu," kata saya.
Lama juga Ashikin cuba berdalih, tapi akhirnya dia tidak berdaya juga
membendung gejolak perasaan yang sedang melanda dirinya.
Sambil menggetap bibir dan menahan sebak, Ashikin berkata; "Ustaz,
sebenarnya saya dah banyak buat dosa, saya betul-betul nak bertaubat."
Dosa? Dosa apa pula? Terkejut saya mendengar kata-kata Ashikin itu.
"Banyak dosa saya ustaz, banyaaaaak..." sambungnya lalu terus menangis
teresak-esak hingga menimbulkan kehairanan jemaah-jemaah wanita
disebelahnya.
Melihatkan keadaannya itu saya pujuk Ashikin supaya tenangkan perasaan
dahulu, tapi tangisannya terus meninggi."Ustaz... saya tiba-tiba jadi macam
ni sebab saya pemah berzina! Saya dah buat dosa besar, bukan hanya pada
Allah tapi pada suami saya sendiri,"sambungnya lagi.
Beberapa kali wanita itu menekup muka dengan telekungnya kerana
terlampau sedih.Berzina? Astaghfirullahal azim. Saya beristighfar beberapa
kali, terkejut bukan kepalang. Lantas saya meminta Ashikin menceritakan
perkara itu dengan lebih lanjut.
Dalam esakannya Ashikin memberitahu perbuatan keji itu dilakukan lama
dulu semasa dia berkursus selama tiga tahun di Jerman. Masa itulah dia
berkenalan dengan seorang lelaki kulit putih. Mulanya hubungan mereka
hanya sebagai kawan biasa saja, tapi lama-kelamaan timbul perasaan
sayang. Maklumlah, suami jauh, dia rasa kesunyian.
Dek hubungan yang terlalu rapat, akhirnya mereka terlanjur. Mereka
lakukan benda keji itu sampailah Ashikin habis kursus, balik ke Malaysia.
Suaminya langsung tidak tahu perkara tersebut.
"Balik saja ke Malaysia, saya mula alami mimpi menakutkan. Dalam mimpi
itu saya dibakar dengan api yang menjulang-julang. Saya rasa macam
berada dalam neraka. Panasnya tak tertanggung. Kulit saya terbakar,
seluruh badan dan tulang-temulang saya hangus semuanya.
"Ke mana saja saya pergi cuma ada api. Saya tak dapat larikan diri. Saya
menjerit-jerit kesakitan, tapi saya tak boleh buat apa-apa. Api menyala
nyala dari atas, bawah, kiri dan kanan. Kepanasan itu masih terasa apabila
saya terjaga daripada tidur, seolah-olah ia be-nar-benar terjadi," kata
Ashikin sambil menangis tersedu-sedu.
Saya yang mendengar cerita Ashikin itu turut berasa sedih. Ketika itu saya
teringat firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 81: "Barang siapa berbuat
dosa dan ia telah diselaputi oleh dosa-dosanya, mereka itu penghuni
neraka, mereka kekal di dalamnya."
Tidak disangka Ashikin tergelincir jauh, sanggup berzina.
"Kalau sekali tak apa, ustaz, tapi ini setiap malam sampai saya takut nak
lelapkan mata," sambung Ashikin dengan air mata berjuraian.
Panjang lebar Ashikin bercerita sehinggakan saya sendiri pun turut
merasakan kesedihan yang ditanggungnya. Menurut wanita itu lagi, dia
seolah-olah berada dalam kawah yang menggelegak dengan api yang
marak. Malahan rambutnya juga hangus dibakar api.
"Saya jerit sekuat hati tapi tak ada sesiapa pun yang dengar. Ustaz,
bayangkanlah betapa seksanya saya masa itu, hanya Allah yang tahu
betapa dahsyatnya azab yang saya tanggung," wanita itu terus menangis
kerana tidak dapat menahan kesedihannya.
Benar! Keadaan neraka yang diberitahu Ashikin sama seperti gambaran
dalam al-Quran. Apinya yang bergelojak, menjulang tinggi membakar
manusia-manusia berdosa. Api neraka menyala-nyala 70 kali ganda
daripada api di dunia.
Bahan bakarnya pula terdiri daripada manusia-manusia dan batu-batu.
Minuman ahli neraka adalah berupa darah dan nanah. Pakaian pula
daripada tembaga yang merah menyala.
Hampir menitik air mata saya mendengar ceritanya itu. Pilu, hiba, sebak
dan pelbagai lagi perasaan sedih bermain di benak fikiran saya ketika saya
menatap wajahnya itu. Namun dalam hati saya berkata, mungkin apa yang
terjadi pada Ashikin itu adalah kifarah daripada Allah s.w.t. kepada hamba
Nya supaya kembali ke pangkal jalan.
Ashikin terus bercerita; setelah beberapa lama mengganggu tidur, akhirnya
mimpi tersebut hilang begitu saja. Sedikit demi sedikit perasaan cemas
dan takut itu hilang. Dia kembali ceria. Langsung tak diceritakan perihal
mimpi itu kepada suaminya.
"Saya dah hampir lupakan mimpi itu, sampailah ketika kita tiba di Mekah.
Selepas satu dua malam di sini, tiba-tiba saya teringat semula. Makin lama
ingatan itu makin kuat dan jelas.
"Bila pandang Kaabah, saya jadi takut yang amat sangat. Saya menggigil.
Saya terbayang, mungkin itulah balasan yang akan saya terima bila saya
mati kelak. Kerana dosa zina itu saya akan dihumban ke dalam neraka.
Saya akan hangus sampai bila-bila, tak ada siapa boleh selamatkan. Suami
sayapun tak akan selamatkan saya. Saya terbayang akan dibaham ular-ular
besar, makan buah-buah berduri, air nanah, timah cair dan segala macam
seksaan lagi.
"Saya jadi terlalu takut, ustaz. Sebab itulah tiap-tiap hari saya menangis dan
berwirid depan Kaabah kadang-kadang sampai larut malam. Saya nak
tebus dosa, saya tak mau masuk neraka. Saya tak mau kena seksa dengan
binatang berbisa, dengan api..." katanya hiba.
Saya beritahu Ashikin, memang benar sesunguhnya dalam neraka itu
terdapat ular-ular sebesar leher unta dan kadangkala sebesar baghal atau
keldai. Apabila ular itu menggigit ahli neraka sakitnya terasa selama 40
tahun. Tapi Allah juga Maha Pengampun.
"Tuhan ampunkan ke dosa saya ni, ustaz?" soal Ashikin dalam esak
tangisnya yang semakin kuat hingga jemaah-jemaah di sebelah beberapa
kali memandangnya.
Saya tenangkan Ashikin. Kata saya, walau sebesar mana sekalipun dosa
kita, tapi selagi masih bernyawa selagi itu kita masih ada peluang untuk
bertaubat. Taubatlah dengan sebenar-benar taubat. Selebihnya serahkan
kepada Allah. Saya berikan semangat kepada-nya semula dan selepas
puas meluahkan perasaannya, akhirnya perasaan wanita itu kembali
tenang.
Sambil mengesat air mata yang masih berbaki, Ashikin berkata; "Ustaz,
terima kasih kerana bawa saya ke sini. Ustaz dah banyak sedarkan saya."
Perasaan Ashikin agak terkawal selepas itu. Walaupun masih menangis di
depan Kaabah, tapi tidaklah sampai tersedu-sedu macam dulu. Setelah
dua minggu berada di Tanah Suci Mekah dan selesai mengerjakan ibadah
umrah kami pulang ke Malaysia. Ashikin kembali ke pangkuan suami dan
tiga orang anaknya di utara tanah air.
Sehinggalah kami sampai di Kuala Lumpur, dan sehingga kini selepas dua
tahun peristiwa itu berlalu, Ashikin masih berhubung dengan saya untuk
meminta nasihat. Alhamdulillah kini dia benar-benar insaf dan tidak lagi
mengalami mimpi yang menakutkan. Saya berdoa agar segala dosanya
diampunkan Allah