Ini satu idea perniagaan oleh usahawan di Jepun dengan cara menghidangkan
sushi di atas badan perempuan bogel. Aksi yang dikatakan seni ini digelar
dengan nama Nyotaimori.
Nyotaimori bermaksud “persembahan di atas badan wanita” atau lebih dikenali
sebagai “body sushi” ini menjadi tarikan ramai pelancong Eropah yang ingin
mencubanya walaupun ia adalah sesuatu yang pelik walaupun dalam budaya
Jepun.
Namun seperti yang kita semua ketahui, orang Jepun sering mempunyai pelbagai
idea gila dan kadangkala kotor.Sebelum seseorang model digunakan untuk dija-dikan alas meja seperti gambar di atas, mereka ini akan dilatih untuk baring
berjam-jam dan tidak bergerak sepanjang tempoh itu. Latihan pernafasan juga
dilakukan.
Makanan hanya akan dihidangkan selepas model ini dimandikan dengan wangian
istimewa untuk membersihkan segala kekotoran yang ada di badannya.Idea gila
ini mendapat penentangan ramai feminis yang menganggap ini adalah satu ben-
tuk penghinaan ke atas wanita. Namun untuk pengetahuan pembaca, terdapat
juga model lelaki yang digunakan untuk tujuan ini. Jika model lelaki digunakan
namanya ada “Nantaimori”
Model ini bernasib baik kerana makanan di Jepun kebanyakkan dihidangkan
secara sejuk. Jika di negara kita, mungkin akan melecur seluruh badan model
tersebut.