HLIVE dedah gambar Farhan didera secara fizikal dan mental oleh Abby Abadi


Fanpage facebook rotikaya telah memuatnaik sekeping foto milik HLIVE! 
beberapa jam tadi yang membayangkan Abby Abadi mendera bekas suami-
nya, Noor Farhan secara mental dan fizikal.

Dakwaan itu turut diakui Farhan menerusi laporan mStar Online hari ini. Kata-
nya, dia didera kali pertama oleh Abby Abadi pada Januari tahun lalu apabila
bekas pelakon itu mengetahui Farhan pernah memberitahu rakannya yang 
mereka sudah tiada hubungan.


Ekoran itu, Abby dikatakan bertindak agresif dengan mencakar bahagian muka
dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia tidak mahu berbincang mengenai 
kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)
yang sedang berjalan di mahkamah.

“Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya men
ceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini 
yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini.“


KONGSI KEPADA RAKAN