gambar hiasan
PETALING JAYA: Penerbit teater Projek Kahwiniaitu Mohd Amer Syafiq Khalip
memberitahu adegan menonjolkan buah dada yang menjadi isu lakonan Zulin Aziz
untuk watak Mak Long dalam tetater itu yang berlangsung pada 6 hingga 14 Jun
Bagaimanapun, Mohd Amer berkata, ia terpulanglah kepada penonton untuk
menilai sendiri dan memberi pendapat masing masing terhadap watak tersebut.
"Saya bersikap terbuka dan menerima segala kritikan yang membina untuk mem
perbaiki kesilapan pada masa depan.
"Berkenaan watak Mak Long itu ia memang ada dalam skrip dan pada saya
ia hanya untuk menyuntik elemen komedi sahaja agar 'mood' penonton tidak
terlalu serius," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.
Mohd Amer berkata, demikian ketika diminta mengulas kontroversi watak ber
kenaan yang dibangkitkan lakonan Zulin Aziz apabila ia dikatakan mencemarkan
persembahan teater berkenaan yang dipentaskan di Istana Budaya.
Dalam pada itu, Mohd Amer turut mengakui terkilan dengan laporan sebuah
akhbar yang menganggap teater tersebut tidak layak dipentaskan di pusat
kesenian itu.
Jelasnya, keputusan untuk melakukan pementasan Projek Kahwin berkenaan
dibuat sendiri oleh Ketua Pengarah Istana Budaya iaitu Datuk Mohamed Juhari
Shaarani.
"Pada asalnya saya membuat kertas kerja Projek Kahwin ini untuk pementasan
di Lambang Sari namun pihak Istana Budaya sendiri yang memberi peluang agar
ia dipentaskan di skala yang besar.
"Pada saya pihak Istana Budaya mempunyai standard mereka sendiri terhadap
sesebuah teater sama ada layak atau tidak untuk di pentaskan dimana-mana
panggung mereka," katanya.
Sementara itu, menjelaskan tentang kutipan yang didakwa kurang sambutan,
Mohd Amer berkata, ia telah melebihi daripada sasaran awalmereka. Malah,
katanya pihak Istana Budaya turut meminta agar ia dilanjutkan sehari lagi namun
ia tidak dapat dilaksanakan kerana pertindihan jadual pelakon.
"Kutipan boleh dikatakan baik kerana ada hari yang kita mencecah 800 hingga
1,000 penonton yang datang.
"Pihak Istana Budaya juga meminta agar dilanjutkan namun jadual artis tidak
mengizinkan kerana mereka ada komitmen lain," ujarnya.
Sementara itu, Mohamed Juhari pula berkata, teater Projek Kahwin mencapai
kriteria yang melayakan ia untuk dipentaskan di Panggung Sari,Istana Budaya.
Beliau juga memberi peluang tersebut kepada generasi muda sebagai pelapis
kepada pengiat teater negara.
"Teater tersebut mempunyai beberapa aspek yang layak untuk dipentaskan
di pentas berskala besar. Bagi saya mereka berjaya menjalankan pementasan
dengan baik terutama untuk pertama kalinya.
"Ia bukan sesuatu yang mudah kerana ada produksi besar pun gagal dan tarik
diri saat-saat akhir," katanya.
Tambahnya, kekurangan penonton berkemungkinan disebabkan tarikh pe
mentasan yang diberikan jatuh pada musim cuti sekolah. Katanya, biarpun ia
tidak dipenuhi penonton seperti pementasan teater lain, namun kesemua yang
datang masuk secara berbayar.
"Saya akui ia juga kesilapan pihak Istana Budaya yang memberi tarikh pada
musim cuti persekolahan menyebabkan tidak ramai pelajar sekolah yang datang.
"Biarpun tidak penuh, namun semua yang datang menonton adalahnberbayar
dan tiada tiket percuma diedarkan," katanya.