Semalam Murai Batu dapat tahu pelakon jelita yang sedang hamil, Scha Al-Yahya
telah dikejutkan dengan sebuah party Baby Shower oleh kenalannya ketika dia
keluar bersama suaminya Awal Ashaari.
Walapun ianya tidak seperti party baby shower besar-besaran yang kebanyakan
artis popular selalu lakukan, tapi Murai Batu lihat meriah juga apabila mereka
adakan jamuan makan-makan bersama rakan-rakan mereka yang lain.
Banyak juga foto-foto yang dikongsi oleh pasangan ini di laman sosial Instagram
masing-masing, Murai Batu dapat tahu pun sebenarnya menerusi Instgram
mereka jugalah.
Namun, dalam keseronokan mereka itu, Awal tiba-tiba naik berang kepada salah
seorang pengikut Scha di Instagram yang memberikan komen seolah-olah men-
gutuk anak yang dikandung Scha
Pengikut atau follower itu yang merupakan seorang wanita dengan beraninya
melemparkan kutukan menerusi satu komen ringkas di laman Instagram
Scha-Alyahya dengan mengatakan bahawa dia bosan dengan sikap mengada-
ngada Scha selain mendoakan anak mereka jadi sundal.
Awal yang kelihatan seperti tidak menahan kemarahannya, membalas komen
si wanita dengan kata-kata yang pedas serta menyebarkan gambarnya di
Instagram untuk tatapan peminat.
Berikut ialah dua jawapan marah Awal buat si wanita tersebut:
"Doakan semoga si polan atau anaknya nanti jadi orang yang baik baik, amin."