Melaka : Seorang ibu lumpuh hanya mampu melihat anak lelakinya berse-
kedudukan dengan kekasih hatinya yang sarat mengandung di rumah mereka
sejak lebih lapan bulan lalu di Duyong, di sini.
Malah, lebih menyedihkan apabila nasihat dan titisan air mata ibunya berusia
awal 60-an selama ini bagai tidak diendahkan lelaki berusia 32 tahun itu.
Bagaimanapun, perbuatan lelaki terbabit berakhir selepas kediaman itu diserbu
sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira jam
12.30 tengah hari kelmarin.
Difahamkan, wanita sarat mengandung itu masih berstatus isteri orang dan
mem punyai dua anak.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya
melakukan pemeriksaan di rumah milik lelaki terbabit selepas menerima aduan
sebelum menemui pasangan berkenaan.
Katanya, pihaknya turut menemui ibu kepada lelaki terbabit yang didapati
lumpuh dan hanya mampu bercakap di kediaman berkenaan.
“Soal siasat terhadap pasangan terbabit mendapati mereka tidak mempunyai
sebarang ikatan pernikahan, manakala wanita itu pula didapati mengandung dan
mengakui tinggal bersama di situ sejak tahun lalu.
“Pasangan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut berikutan didapati berse-
kedudukan serta wanita itu pula hamil luar nikah hasil hubungan mereka,
” katanya, di sini, semalam.
Rahimin berkata, ibu kepada lelaki terbabit ketika ditanya memberitahu selama
ini dia sudah puas menasihati anaknya kerana membawa pulang wanita itu
tinggal bersama mereka.
Namun, dakwa wanita itu, anaknya tidak mempedulikan nasihat dan dia tidak
mampu melakukan apa-apa kerana keadaan kesihatannya.
“Berdasarkan siasatan mendapati lelaki terbabit membawa wanita itu tinggal
ke rumahnya sejak awal kehamilannya.
“Dia mahu memberi perlindungan terhadap wanita itu sehingga bersalin walau-
pun mengetahui tinggal serumah dengan bukan mahram salah.
“Wanita berkenaan mempunyai dua anak dan mendakwa sudah ditinggalkan
suaminya sejak lima tahun lalu dan mengenali lelaki terbabit sebelum dia
berkahwin,” katanya. – Credit HM