Hasrat bergembira bersama beberapa kawan lelaki untuk berjalan-jalan pada Hari Krismas lalu menjadi memori hitam bagi seorang gadis setelah mendapati dirinya dipergunakan untuk memuaskan nafsu rakan lelaki kepada kawannya sendiri.
Mangsa mendakwa dirinya telah dimabukkan setelah terminum minuman yang diletakkan bahan disyaki pil khayal, yang dijadikan kesempatan kepada lelaki berkenaan untuk me-rogolnya.
Pada 25 Disember lalu, mangsa yang berusia 23 tahun diperkenalkan dengan seorang lelaki berusia 40-an iaitu rakan kepada teman perempuannya.
Rakan mangsa yang berusia 24 tahun mengajak mangsa untuk berjalan-jalan meraikan Hari Krismas di bandar raya itu dengan menggunakan sebuah kereta milik lelaki berkenaan.
Ketika singgah untuk minum di sebuah restoran, mangsa memesan minuman tin berkarbonat dan mendakwa berasa pening dan hampir pitam setelah meminum minuman berkenaan.
Mangsa mendakwa minumannya itu telah diletakkan sesuatu dipercayai pil khayal. Mangsa tidak ingat apa yang berlaku kepadanya selepas pengsan sehingga dia tersedar dan terkejut berada di sebuah rumah pada keesokan harinya.
Menurut laporan yang diberikan, mangsa tersedar pada sebelah petang dengan masih ditemani oleh suspek di dalam rumah tersebut.
Keliru dan bimbang terhadap apa yang telah berlaku kepada dirinya, mangsa dipujuk dan kemudian dihantar suspek ke kediaman sepupunya.
Mangsa kemudian dihantar kembali ke kediamannya oleh sepupunya dan menceritakan punca kehilangannya kepada ibu bapanya.
Mangsa mengadu sakit di badan dan kemaluannya kepada ibu bapanya yang kemudian membawanya ke Hospital untuk pemeriksaan.
Menurut mangsa, ketika disoal siasat, mangsa tidak dapat mengingati kembali warna kereta dan nombor plat milik lelaki berkenaan.
“Kami masih menjejaki lelaki dan teman perempuan mangsa berdasarkan satu rakaman video yang disebarkan. Kami akan siasat kes yang jika sabit kesalahan 20 tahun penjara dan sebatan,” jelasnya.
Golongan remaja disarankan agar tidak mudah terikut-terikut ajakan daripada individu yang tidak dikenali.
Beliau bimbang kejadian jenayah seperti ragut, culik dan rogol akan menimpa golongan berkenaan sekiranya bersikap sambil lewa dan tidak berhati-hati.
link video: klik