Bagi menghukum perilaku si isteri, sang suami tergamak memalukan isterinya dengan menyuruh wanita itu berjalan di tengah-tengah kota New York, Amerika Syarikat dengan hanya memakai tuala mandi.
Media tempatan melaporkan, sambil merakam video, lelaki itu turut mengeji dan menyindir isterinya dengan menghamburkan pelbagai perkataan kesat.
Sampai satu ketika, lelaki tersebut menarik tuala sehingga menelanjangkan isterinya sambil berkata: “Inilah harga wanita cantik seperti awak dengan tujuh lelaki lain!
Sekarang semua orang boleh lihat.”
Malu diperlakukan sebegitu di hadapan orang awam, wanita itu terus menutup alat sulitnya dengan kedua-dua belah tangannya dan bersembunyi di sebalik kenderaan di situ.