Semuanya bermula selepas wanita itu memuat naik status memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din yang dikebumikan di California, Amerika Syarikat.
Dalam status itu, Sharifah atau lebih mesra membahasakan diri sebagai Lea berkata, allahyarham mahu dikebumikan di sana kerana mahu merasa tanah sejuk yang disifatkannya tempat kafir.
“Napa tinggal amanat tanam kat tempat sana. Ka nak merasa duk tanah sejuk, Letih duk tanah panas kan selama ni.
“Tak sedar ke dia ni tempat kapir tok haji,” tulisnya dalam status di akaun Facebook miliknya.
Dek keceluparan mulutnya juga itu, laman Facebooknya itu tiba-tiba dikunjungi netizen ramai.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan satu penemuan apabila profile Facebooknya tertera menjelaskan dia adalah Melayu Kristian atau pendek kata ‘murtad’.
Menerusi posting-posting yang dimuat naik, wanita ini tanpa segan silu menyatakan rasa bangga dan gembiranya setelah murtad.
Berikutan pendedahannya itu, dia juga dihujani dengan pelbagai kritikan dan tidak kurang juga yang menasihatinya supaya bertaubat.
Dalam pada itu, setelah kami ‘gali’ maklumat mengenai wanita ini. Kisah Lea rupa-rupanya pernah disiarkan akhbar Berita Harian sekitar Mei lalu.
Menerusi temu bual bersama wanita itu, Lea memberitahu, dia telah murtad sejak setahun lalu.
Menurut Lea, dia kini telah berhijrah ke Melbourne, Australia, bersama-sama suami dan anak-anaknya setelah mendapat ancaman dari keluarga, rakan-rakan serta masyarakat.
Ditanya mengapa memilih untuk murtad, Lea mendakwa kerana membenci orang munafik yang menggunakan agama.
“Impian saya dulu nak jadi ustazah. Tapi silap orang tua saya, dia orang halang impian saya hanya kerana manusia bernama Melayu yang penuh hasad dengki.
“Saya pergi sekolah dan kelas mengaji macam budak biasa, tapi masa umur saya 15 tahun, saya beberapa kali diraba tok guru lelaki tempat saya mengaji al-Quran.
“Sehingga kini, hanya suami dan kawan rapat saya saja tahu. Saya antara yang diminta tok guru bantu dia mengajar adik-adik lain membaca al-quran.
“Ditambah pulak dengan Muslim yang sekarang tak mengamalkan cara hidup Islam pun. Saya faham tu impian saya sangat besar dulu,” katanya.
Sementara itu, dalam akhbar tersebut turut melaporkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sudah pun membuat laporan polis dengan mendakwa wanita itu menghina Islam. – MYNEWSHUB.CC