Alabama Mungkin Haramkan Mini Skirt, Seluar Pendek


SKIRT pendek dan seluar pendek berkemungkinan besar akan diharamkan pemakaiannya di Alabama, Amerika Syarikat pada masa akan datang.

Ini kerana ahli parlimen Dadeville City, Stephanie Kelly menyatakan fesyen sebegitu adalah tidak wajar dan terlampau mencolok mata selain mahukan peraturan itu diaplikasi ke atas kedua-dua jantina, lelaki dan wanita.

Pendapat Stephanie turut disokong rakan sejawatannya, Frank Goodman yang mengatakan ia satu peraturan baharu yang diharap dapat mengubah pendapat orang ramai mengenai cara pemakaian yang terlalu provokasi dan seksi.

“Pemakaian terlalu singkat adalah satu hal yang sangat tidak bagus.

“Saya merasakan ia memberikan satu gambaran yang tidak tepat mengenai pemakaian ‘cool’ di kalangan anak muda masa kini,” katanya.
KONGSI KEPADA RAKAN