KULIM : Seorang wanita sanggup mengakui lelaki yang dibawa balik ke rumahnya
adalah suaminya bagi mengelak ditahan pihak berkuasa agama dalam sebuan ke
kediamannnya di Lunas dekat sini, kelmarin.
Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata,
beberapa penduduk pergi ke rumah wanita berkenaan kira-kira jam 10.30 malam
apabila mengesyaki wanita itu membawa balik teman lelaki.
“Wanita itu memaklumkan lelaki terbabit adalah ‘suaminya’ menyebabkan penduduk
berasa curiga kerana difahamkan suami wanita tersebut berkenaan sedang menghadiri
kursus di luar kawasan untuk tempoh beberapa minggu.
“Penduduk kemudian memanggil seorang lelaki lain dipercayai mengenali suami
wanita itu, sebelum wanita berkenaan menukar pengakuan bahawa lelaki yaang beraada
di ruang tamu rumahnya adalah adik tiri suaminya.
“Seorang daripada penduduk kemudia menghubungi suami wanita itu, dan memberi
nama lelaki terbabit untuk pengesahan, namun dia tidak mengenalinya sebelum meminta
tindakan diambil terhadap isterinya,” katanya.