Inilah Padahnya Berzina Di Syria


Seorang wanita telah dihukum rejam sampai mati oleh kumpulan militan Negara Islam
(IS) di sebuah taman perbandaran di Raqqa, Syria beberapa hari yang lepas.

Sebelum wanita yang dikenali Faddah Ahmad direjam sampai mati, dia telah dibawa
ke taman berkenaan oleh para pejuang militan IS dalam keadaan kepala ditutup dengan 
kain hitam dan kemudian diletakkan di dalam satu lubang kecil.

Seorang saksi menyatakan tiada seorang pun daripada orang ramai yang berani tampil 
ke hadapan untuk membaling batu ke arahnya.

“Pejuang-pejuang militan yang kebanyakannya warga asing telah melakukannya sendiri 
apabila melontar Faddah dengan batu sehingga mayatnya diheret keluar.Semasa dia 
dibaling batu, dia langsung tidak menjerit atau bergerak,” kata saksi tersebut.
KONGSI KEPADA RAKAN