Sebuah video yang menunjukkan aksi seorang anggota polis membelasah lelaki gila
yang digari tangannya kini telah tersebar luas di laman sosial.
Menerusi video di bawah, seorang lelaki yang bergari tangannya didudukkan di kerusi
dan diasak pelbagai pertanyaan tetapi jawapan diberikan sangat mengarut.
Lelaki dipercayai anggota polis melempang dan membelasah selepas bengang dengan
jawapan yang diterima sehingga orang ramai menyuruhnya bersabar kerana lelaki itu
kurang siuman.