Seorang Kakitangan Kerajaan Ditangkap Henjut Dalam Kereta Bersama Ibu Lima Anak

  gambar hiasan

MUAR – Seorang kakitangan kerajaan sebuah jabatan di daerah ini bersama teman 
wanitanya yang merupakan peniaga gerai makanan ditangkap khalwat dalam sebuah 
kereta di Jalan Meriam di sini, kelmarin.

Kadi Daerah Muar, Dzulkifli Mohamed berkata, pasangan yang berusia 48 tahun dan
37 tahun itu masing-masing berstatus suami dan isteri orang ditahan empat anggota 
Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Muar kira-kira jam 10 malam.

Menurutnya, tangkapan ke atas mereka hasil daripada maklumat orang awam dan risikan
yang dilakukan sejak tiga hari lalu.

“Kita mengetuk cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menunggu kira-kira lima
minit sebelum pintu dibuka dan mendapati pasangan berkenaan lengkap berpakaian
serta sedang duduk dalam kereta itu.

“Kita tahan pasangan ini kerana duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan serta 
gagal menunjukkan sebarang dokumen mengesahkan mereka mempunyai hubungan
mahram atau suami isteri,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit dan wanita yang mempunyai lima anak itu dibawa ke
Balai Polis Muar untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat 
Agama Daerah Muar untuk siasatan lanjut dan dijamin rakan masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b atau Seksyen 29(1) (b) 
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak 
melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit
kesalahan,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai sudah lama menjalinkan
hubungan terlarang tanpa pengetahuan pasangan masing-masing dan melakukan
perbuatan terkutuk di dalam kereta wanita itu jenis MPV.

Katanya, wanita yang menetap di Kampung Kelantan itu sering menggunakan alasan
keluar ke pasaraya berhampiran untuk membeli barangan keperluan gerai pisang 
goreng yang diusahakan bersama suami untuk bertemu kekasihnya di Jalan Meriam, 
di sini.

“Bagaimanapun, perbuatan terkutuk wanita itu terbongkar apabila ditahan sepasukan 
anggota Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Muar,” katanya.

KONGSI KEPADA RAKAN