Semuanya Sudah Terlambat


“Saya sedih kerana kakak, Nurain Othman dan adik bongsu, Nuramanina Aminah 
Othman tenggelam ke dasar kolam tanpa disedari orang ramai yang turut berenang
di kolam sama,” kata Muhd Iqbal Nazmim.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 petang kelmarin, mangsa dua beradik itu lemas 
ketika melakukan aktiviti riadah di sebuah kelab renang di Taman Melawati, Hulu Klang.

Kejadian berkenaan hanya disedari salah seorang adiknya, Muhd Alif Haziq sebelum 
meminta bantuan orang ramai yang berada berhampiran kolam itu.

Iqbal kecewa dengan pihak pengurusan kolam renang yang seperti menyalahkan adik
dan kakaknya tersebut kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

KONGSI KEPADA RAKAN