KUALA LUMPUR - Seorang penganggur hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Majistret di sini atas dakwaan menyebar dan memiliki gambar bogel teman wanitanya.
Ashraf Azizan, 24 didakwa sengaja mengaibkan kehormatan mangsa dengan menyebar-
kan gambar bogel wanita berusia 19 tahun itu di Hotel New Wave, Desa Sri Hartamas
pada jam 6 petang, 4 September lepas.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit
kesalahan.
Manakala bagi pertuduhan memiliki gambar bogel mangsa, Ashraf didakwa melakukan
Manakala bagi pertuduhan memiliki gambar bogel mangsa, Ashraf didakwa melakukan
kesalahan itu pada pukul 10 malam di tempat dan tarikh yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanan Keseksaan yang membawa hukuman
Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanan Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.Timbalan Pendakwa Raya
Noor Svetlana Datuk Mohd Noor Nordin menawarkan jaminan sebanyak RM3,000
untuk pertuduhan pertama dan RM2,000 bagi pertuduhan kedua.
Bagaimanapun peguam tertuduh, Khairul Nizam Abd Razak memohon mahkamah
Bagaimanapun peguam tertuduh, Khairul Nizam Abd Razak memohon mahkamah
mengurangkan jumlah jaminan kerana tertuduh tidak bekerja dan hanya membantu
ibunya menjual kuih.
Majistret Nur Aminatul Mardhiah Mohd Noor membenarkan tertuduh diikat jamin
Majistret Nur Aminatul Mardhiah Mohd Noor membenarkan tertuduh diikat jamin
RM3,500 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 8 Oktober depan untuk sebutan
dan penyerahan dokumen kes. - Bernama