Habis Rompak, Dipaksanya Pulak 'Kulum'...

 
KOTA BHARU - Padah merompak dan memaksa mangsanya melakukan seks oral, 
seorang penjual sayur dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan 
oleh mahkamah sesyen, di sini, petang tadi.

Tertuduh, Amran Yunus, 36, dari Kampung Chica, di sini, dihukum selepas mengaku
bersalah di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh didakwa pada tuduhan pindaan merompak wanita yang berusia 29 itu dengan
mengambil wang tunai RM50, seutas gelang emas; lokat emas dan kunci kereta jenis
Suzuki Swift di ladang kelapa sawit di Batu Jong, Kuala Krai, antara jam 7.20 dan 9 
pagi, 4 Mei 2014.

Sebelum itu, mangsa behenti di sebuah stesen minyak menyedari salah satu daripada
tayar keretanya pancit.

Tertuduh kemudian mendekati mangsa dan menawarkan bantuan untuk menunjukkan 
kedai tayar, namun kedai yang ditunjukkan tutup.

Tertuduh kemudian menawarkan bantuan untuk membaikinya, namun tiba-tiba mangsa
ditarik dan diikat pada kerusi belakang kereta.Dia kemudiannya memaksa mangsa me-
lakukan oral seks. Enggan melakukannya, tertuduh bertindak mencurahkan gam ke dalam telinga dan memukul mangsa di mata serta perut.

Mangsa ditinggalkan di kawasan itu selepas barangan berharga diambil.

Pada prosiding itu, peguam bela, Mohd Faizal Abdul Rahman merayu hukuman tertuduh
diringankan dengan mengambil kira tertuduh yang mempunyai lima anak serta isteri,
namun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof memohon mahkamah 
menjatuhkan hukuman berat.

“Jenayah yang dilakukan tertuduh sangat serius. Saya mohon mahkamah mengambil 
kira kepentingan awam melebihi kepentingan diri tertuduh. Mohon juga supaya 
mahkamah mempertimbangkan trauma yang dialami mangsa seperti mana laporan 
perubatan daripada pihak hospital,” katanya

KONGSI KEPADA RAKAN