Gempar!!! Wanita Berbogel Dalam Stadium Penuh


MELBOURNE – Sewel dan menjijikkan….itu gelaran yang diberikan oleh orang ramai 
terhadap seorang model yang sanggup berbogel di hadapan kira-kira 100,000 penonton 
di stadium ketika perlawanan kriket AFL Grand Final diadakan.

Wanita itu, Heather McCartney,26, berbuat demikian selepas pasukannya Hawthorn 
menewaskan Sydney Swans.Tanpa rasa malu, dia menanggalkan baju dan menari-nari 
dalam keadaan bogel di tempat duduk sambil disaksikan oleh orang ramai.

Selepas menerima aduan orang ramai mengenai perbuatan gila itu, polis kemudiannya
menangkap McCartney namun dia melawan dengan menendang, menumbuk dan 
menggigit anggota polis.Dia akhirnya menerima padah apabila ditahan di lokap
semalaman dan didenda sebanyak $300 kerana berkelaluan tidak senonoh.


Perbuatan tersebut telah dirakamkan orang ramai dan kemudiannya tersebar
di internet.“Ia adalah satu pertaruhan. Saya katakan jika Hawthorn menang maka 
saya akan berbogel. Mereka menang lalu saya bogellah,” katanya kepada media 
ketika ditanya mengenai perbuatan tersebut.

Selain menerima kecaman ramai, pegawai persatuan Melbourne Cricket Ground 
(MCG) nyata berang degan perbuatannya dan mereka kini melancarkan siasatan.

“Tindakan sewajarnya perlu diambil keatasnya. Ia merupakan perbuatan menjijikkan 
kerana perlawanan itu adalah untuk seluruh anggota keluarga,” kata jurucakap MCG, 
Shane Brown. – Webberita

KONGSI KEPADA RAKAN