Kuantan: Seorang lelaki layak digelar ‘suami durjana’ apabila sanggup membiarkan
isterinya menjadi pelacur dengan bayaran serendah RM50 untuk satu jam di hotel
bajet di Jalan Pasar, di sini, kelmarin.
Tindakan jijik itu terbongkar apabila wanita berusia 18 tahun terbabit yang mempunyai
seorang anak lelaki berusia tiga bulan ditahan bersama 18 pelacur tempatan oleh pasukan
anggota polis daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kira-kira jam 10.30 malam.
Difahamkan, wanita itu yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu, sudah setahun
Difahamkan, wanita itu yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu, sudah setahun
mendirikan rumah tangga, namun terpaksa melakukan perbuatan keji itu kerana mahu
menyara keluarga selepas suaminya yang berusia lingkungan 20 tahun tidak mempunyai
pekerjaan tetap.
Dengan hasil pendapatan haram itu, wanita terbabit memberikan wang kepada suaminya
Dengan hasil pendapatan haram itu, wanita terbabit memberikan wang kepada suaminya
yang tinggal di sebuah bilik sewa di bandar ini membeli barang keperluan dapur termasuk
susu anak sebelum dia kembali semula ke markas pelacuran di Jalan Pasar itu.
Pegawai Turus D7 Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, siasatan awal
Pegawai Turus D7 Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, siasatan awal
mendapati, wanita itu mendakwa terpaksa berhijrah ke bandar ini dari kampung halaman
selepas suaminya gagal mendapatkan pekerjaan tetap.
“Siasatan mendapati dia dikesan melakukan perbuatan jijik itu sejak dua tahun lalu dan
“Siasatan mendapati dia dikesan melakukan perbuatan jijik itu sejak dua tahun lalu dan
mengenakan bayaran serendah RM50 kepada pelanggan,” katanya, di sini, semalam.