Gempar !!! Selebriti Bertudung Bermaksiat Dengan Suami Orang


Dunia hiburan ini penuh dengan kejutan. Kita hanya mampu mengurut dada mendengar 
sikap seorang penyanyi yang sekarang sudah memakai tudung, tetapi rupa-rupanya
hanya untuk mengabui mata masyarakat bahawa dia seorang yang baik dan soleh.

Hakikatnya, Menurut sumber penyanyi itu khabarnya bukan saja menduakan suami 
sendiri, sebaliknya ligat mengganggu rumah tangga orang lain. Dengan erti lain,penyanyi 
itu cuba memikat suamiorang lain yang poketnya tebal dan boleh tahan kacak.

Khabarnya, rumah tangga artis itu sendiri tidak bahagia seperti manayang ramai
sangkakan selama ini. Hubungannya dengan suami ada pasang surut kerana masing-masing dilihat suka membawa haluan Sendiri. 

Si suami sibuk berniaga dan penyanyi itu sibuk buat persembahan di sana sini, makan 
angin dan melepak dengan ‘superfriends’ kesayangannya kalau tidak ada undangan.

Apa yang lebih menyedihkan, lelaki yang sedang digoda dan dihimpitpenyanyi itu 
bukanlah orang lain, sebaliknya suami kawannya sendiri. Kenapa sampai begitu sekali?
Adakah benar-benar dahagakan kasih sayang atau lebih kepada kebendaan?

Kita  harap perkara ini tidak berlarutan. Bukan apa, bimbang kalau isteri lelaki itu tidak
tahan lagi dan terus membuat pembongkaran. Ketika itubarulah sibuk hendak menyorok
bawah meja, malah nak sorok di belakang tudung pun dah tak sempat lagi.~ Hmetro

KONGSI KEPADA RAKAN