GEMPAR !!! Pelajar Tingkatan Dua ditangkap Berjunub DalamTandas Sekolah ?


Tenom – Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua 
sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, 
terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun 
ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan
oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu 
memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.

“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan 
pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.

“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar 
perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam
tandas sekolah berkenaan,” katanya.Sumber berkata, pihak sekolah kemudian me-
maklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis

“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk 
siasatan lanjut,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi 
Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan
lanjut masih dijalankan, menurut sumber HMetro.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas 
kesalahan merogol.Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah 
berkenaan jarang digunakan pelajar.

KONGSI KEPADA RAKAN