Riyadh: Seorang wanita Syria yang hamil selepas menjalin hubungan sulit dengan
kekasihnya bertindak luar jangkaan apabila menggugurkan kandungannya ketika
ditahan di dalam lokap polis untuk mengelak didakwa.
Wanita itu yang sudah bercerai ditahan selepas dilihat bersama seorang lelaki. Hasil
pemeriksaan mendapati dia hamil, lapor akhbar al Watan.
“Dia ditahan dalam lokap sementara menanti perbicaraannya, namun menggugurkan
“Dia ditahan dalam lokap sementara menanti perbicaraannya, namun menggugurkan
kandungan itu.“Mungkin dia menganggap dapat mengelak daripada dibicarakan dan
menyangka pihak polis tidak tahu perbuatannya,” lapor akhbar itu.
Wanita itu kemudian dibawa ke hospital dan bakal menghadapi tuduhan mengadakan
Wanita itu kemudian dibawa ke hospital dan bakal menghadapi tuduhan mengadakan
hubungan sulit serta membunuh anak dalam kandungannya. - Agensi.