KULIM : Seorang gadis bukan saja menjadi habuan seks abang iparnya, bahkan turut
dibelasah kakak sendiri gara-gara dikatakan ingin memusnahkan rumah tangga mereka.
Cerita sedih gadis berusia 24 tahun itu bermula apabila mangsa, kerana tidak tahan
dirogol dan diugut lelaki bernafsu binatang itu, mengadu kepada kakaknya. Dia
menjangka akan mendapat perlindungan, tetapi sebaliknya kakaknya mempunyai buruk
sangka.
Akibatnya, kakaknya membelasahnya dengan lesung batu dan batang paip hingga cedera
Bukan itu saja, kakaknya turut menuduh gadis malang itu sengaja mereka cerita untuk
membusukkan nama suaminya dengan niat mahu menghancurkan rumah tangga mereka
sebelum dihalau daripada rumah pasangan tempat dia menumpang itu.
Jurucakap polis berkata, dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Kulim, mangsa
mendakwa kali pertama dirogol abang iparnya adalah pada pagi 2 Jun lalu.
“Dalam kejadian itu, lelaki itu masuk ke dalam biliknya kira-kira jam 11 pagi,
menanggalkan pakaian mangsa secara paksa sebelum memperkosanya.
Tidak cukup dengan itu suspek mengugut mangsa supaya tidak memberitahu
kejadian itu kepada sesiapa.
“Pada waktu yang lebih kurang sama keesokan harinya, lelaki itu sekali lagi masuk
ke bilik mangsa dan melakukan perkara terkutuk itu,” katanya.
Menurutnya, selepas dua kali dirogol dan bimbang kejadian itu akan berterusan,
mangsa memberanikan diri mengadu kepada kakaknya, 5 Jun lalu.Gadis itu juga
memberitahu ahli keluarganya yang lain sebelum membuat laporan polis.
-paapaada.blogspot