Wanita Di Tangkap Khalwat Rayu Minta Dibenarkan Pakai Seluar Dalam

 gambar hiasan


Seorang wanita merayu kepada pegawai pencegah maksiat untuk masuk semula ke dalam
bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam yang 
tidak sempat dipakainya sejurus selepas dia ditahan, pagi kelmarin.

Permintaan itu dipenuhi oleh pegawai berkenaan apabila mendapati wanita itu berada 
dalam keadaan mengghairahkan kerana memakai seluar ketat nipis, selain baju yang
dipakainya kelihatan dalam keadaan tidak sempurna......


Wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami
isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu.Mohd Jonid Abdul 
Syukor, Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah GrikWanita berusia 21 tahun
dan pasangan kekasihnya 26 tahun berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini 
diserbu penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin dipercayai ketika sedang memadu
asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi itu.

Wanita berkenaan pada mulanya mengeluarkan suara tinggi ketika ditahan tetapi selepas
itu menangis sambil menceritakan kisah hidupnya dan keluarga pasangan berkenaan.

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor 
berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota RELA menyerbu rumah berkenaan 
selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu. 
 
 “Selepas kira-kira 10 minit kami mengetuk pintu bilik yang berkunci dari dalam itu, ia
dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek sebelum mendapati seorang wanita 
sedang duduk di atas tilam nipis.
 
KONGSI KEPADA RAKAN