Terkini !!! Inilah Pasangan Yang Mencuri Wang Mangsa #MH370

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah
Sesyen di sini atas dakwaan melakukan pelbagai kesalahan antaranya mencuri, me-
mindahkan, menggunakan dokumen palsu dan menggunakan kad bank milik empat 
penumpang pesawat MH370 membabitkan wang berjumlah RM110,643.


Nur Shila Kanan dan suaminya, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, mengaku tidak 
bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan.Nur Shila didakwa
dengan 12 pertuduhan manakala Basheer menghadapi tiga pertuduhan.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin 
RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka 
diserahkan kepada mahkamah.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud dan 
Muhd Ilmami Ahmad,manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman Mohd.

Mahkamah menetapkan 25 Ogos ini bagi sebutan kes. – BH online

KONGSI KEPADA RAKAN