WOW! Jarang kita lihat Erin Malek berpakaian sederhana tetapi cukup elegan
untuk sesebuah acara pelancaran filem.Baru-baru ini, pada pelancaran filem
Awak Nak Kahwin .
Dengan Saya? Di TGV Sunway Piramid, Erin tampil dengan gaun sederhana
pendek tanpa lengan beserta rantai. Cukup stail dan sempurna buat si cantik
ini. Orang kata 'less is more'.
Kata Erin, 21, dia membeli gaun jenama Dorothy Perkins itu pada hari pe
Kata Erin, 21, dia membeli gaun jenama Dorothy Perkins itu pada hari pe
lancaran filem tersebut. Pada saat-saat akhir rupa-rupanya! Mujurlah dia
sempat hendak bersiap.Erin Malek menggayakan pakaian yang dibelinya
dengan harga RM250.
"Maklumlah saya sibuk dengan penggambaran sehingga tidak sempat nak
"Maklumlah saya sibuk dengan penggambaran sehingga tidak sempat nak
membeli baju lebih awal."Jadi, sebelum majlis bermula, saya kelam kabut
mencari gaun yang sesuai dan terdapat dua jenis gaun yang membuatkan
saya buntu mahu memilih. Satu harga kira-kira RM700 dan yang ini
(gaun biru) hanya RM250.
"Bila fikir balik saya bukannya boleh pakai berulang kali, maka saya pilih
gaun yang lebuh murah. Siap dapat percuma rantai lagi," katanya.Tambah
Erin, memandangkan dia seorang yang lasak, dia juga akan memastikan
gaun tersebut memudahkan pergerakannya.
Dalam pada itu, Erin berkata, dia lebih selesa melepaskan rambutnya yang
panjang agar dapat menutup pipinya yang tembam.