KUANTAN - Berpura-pura memakai telekung seakan-akan baru selesai menunaikan
solat Subuh.Itu lakonan seorang remaja perempuan ketika membuka pintu bilik hotel
bagi mengelabui mata pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan dalam operasi
cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau di sini semalam.
Bagaimanapun taktik itu gagal memperdaya anggota penguat kuasa Jabatan Agama
Bagaimanapun taktik itu gagal memperdaya anggota penguat kuasa Jabatan Agama
Islam Pahang (JAIP) apabila remaja perempuan tersebut didapati terlupa memakai
kain sarung manakala pasangannya yang bukan muhrim dijumpai menyorok di atas
almari dalam keadaan tanpa pakaian di bilik tersebut.
Remaja perempuan berusia 21 tahun itu kemudian ditahan bersama pasangannya yang
berusia 20-an kerana dipercayai berkhalwat di dalam bilik hotel berkenaan.
Dalam serbuan pukul 6.30 pagi yang turut disertai wartawan, para pegawai penguat
Dalam serbuan pukul 6.30 pagi yang turut disertai wartawan, para pegawai penguat
kuasa JAIP menolak alasan remaja lelaki terbabit yang memasuki bilik hotel tersebut
untuk menghantar seterika.
"Kami tidak percaya kamu menghantar seterika, kalaupun betul kamu berbuat begitu
"Kami tidak percaya kamu menghantar seterika, kalaupun betul kamu berbuat begitu
mengapa perlu berdua-duaan dan berada dalam keadaan tidak menutup aurat," kata
salah seorang pegawai JAIP di tempat kejadian.
Ekoran gagal menjawab pelbagai soalan anggota penguat kuasa JAIP, pasangan terbabit
Ekoran gagal menjawab pelbagai soalan anggota penguat kuasa JAIP, pasangan terbabit
akhirnya 'menyerah diri' sebelum dibawa ke pejabat JAIP Kuantan untuk siasatan lanjut
dan kaunseling.
Dalam perkembangan sama, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIP, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, seramai 40 individu berumur
Dalam perkembangan sama, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIP, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, seramai 40 individu berumur
dalam lingkungan 20-an ditangkap kerana dipercayai berkhalwat di dalam bilik hotel
murah.Menurutnya, operasi sempena sambutan Ambang Merdeka itu membabitkan
pemeriksaan enam buah hotel selama dua jam bermula seawal 6 pagi.
"Kami mendapati kebanyakan mereka yang ditangkap telah menginap di hotel selepas
bersiar-siar sehingga awal pagi," katanya.Berikutan itu, beliau menyatakan, setiap
individu terlibat akan diambil keterangan dan akan didakwa di mahkamah.