Gadis Mangsa Nafsu 16 Lelaki Di Tanah Perkuburan Di Cheras

gambar hiasan

Tindakan seorang remaja berusia 15 tahun melarikan diri dari pusat pemulihan 
mengundang padah apabila dia dir0gol oleh 16 lelaki durjana di Tanah Perkuburan
Kristian di Jalan Kuari, Cheras, Isnin lalu. 

Mangsa dipercayai mengikuti lelaki yang baru saja dikenalinya dengan menaiki 
motosikal pada jam 8 malam sebelum dibawa ke tanah perkuburan dan dipertemukan
dengan 15 lagi rakan lelaki itu. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi 
Ahrasa, berkata mangsa dibawa ke kawasan sunyi di tanah perkuburan itu sebelum
dirogol bergilir-gilir dan dipaksa melakukan se ks oral.

Selepas dirogol secara bergilir-gilir oleh 16 lelaki, remaja itu ditinggalkan di tanah
perkuburan berkenaan. Seorang pengawal keselamatan yang meronda di tanah
perkuburan itu menemui mangsa sebelum menghubungi polis. Polis mengenal pasti 
dua individu dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Polis yakin dapat mengenal pasti 
14 lagi suspek dan menahan mereka dalam masa terdekat. 

KONGSI KEPADA RAKAN