PANAS! Punca Sebenar Johan As’ari Bengang Dengan Zizan, Cadang Buat Laporan Polis!


Sejak beberapa hari lepas, isu mengenai syarikat milik Zizan Razak dan rakan
kongsinya panas bak goreng pisang panas. Mana tidaknya, baru-baru ini, rakan
kongsi Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE) , Marina Juki meluahkan rasa
tidak puas hati apabila Zizan Razak membekukan akaun syarikat berkenaan sejak
4 Jun lalu yang mengakibatkan artis di bawah naungan syarikat itu mereka tidak 
menerima pendapatan bagi bulan Mei.

Isu ini terjadi selepas satu notis saman dikeluarkan terhadap salah seorang artis
dibawah naungan syarikat itu, Emma Maembong kerana didakwa sengaja
melanggar perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini.

Pelakon berbakat Johan Asari dan juga penyanyi Kaka Azraff yang juga antara
artis Wireframe kecewa dengan tindakan Zizan Razak dan Johan ketika dihubungi 
menyifatkan tindakan Zizan itu sebagai penindasan terhadap mereka.

Johan Tak Dapat Beli Hadiah Hari Bapa

Johan As’ari kecewa kerana dia tidak dapat membantu melunaskan bil rawatan
ibunya di hospital dan juga membelikan hadiah untuk bapa sempena Hari Bapa,
baru-baru ini. Johan juga menambah, dia kekurangan wang untuk membantu
bapanya selepas berpindah ke rumah baru. Dalam pada itu, Kaka juga menegur
supaya perselisihan faham Zizan dengan rakan kongsinya tidak sepatutnya
memberi kesan kepada artis di bawah naungan syarikat yang semakin dikenali itu.

Johan dan Kaka bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat ini.
Sementara itu, Cha Cha Maembong ketika dihubungi berkata, dia tidak mahu
masuk campur di atas masalah yang berlaku. Menurut laporan akhbar Harian
Metro, pembekuan akaun dibuat pelakon dan pelawak terkenal itu tanpa
mendapat persetujuan rakan kongsinya, sekali gus menyulitkan pengurusan
syarikat untuk membayar pendapatan artis dan gaji pekerja.

Kami harap masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan bukan
berakhir seperti ini.


KONGSI KEPADA RAKAN