Nilai: “Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.”. Itu pengakuan
mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang
ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini,
Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada
berusia 50 tahun itu adalah pasangan 'se-je-nis' sejak lebih 20 tahun lalu.
Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh
anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana
kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui
remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan
kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan.
Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan,
malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan
berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar
kehidupan terlarang mereka.
ZUL selesa dengan cinta terlarangnya dan merancang untuk tinggal di Kanada.
Zul berkata, dia berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak
itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan
Islam.
HarianMetro