Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, memutuskan pernikahan
antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh (Sham)
dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 di Masjid
Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah dan terbatal.
Berikutan itu, Hakim syarie, Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan
Berikutan itu, Hakim syarie, Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan
pasangan itu difarakkan (dibubarkan) serta-merta mulai hari ini (27 Jun) dan
sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah
Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan.
Hakim Kamarulzaman memutuskan demikian selepas mendapati pernikahan
itu dijalankan oleh wali hakim yang tidak sah, selain segala proses pernikahan
diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
Beliau turut memutuskan anak pasangan itu, Aisy Dannial yang dilahirkan
Beliau turut memutuskan anak pasangan itu, Aisy Dannial yang dilahirkan
pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf dan boleh dinasabkan kepada
Sham Kamikaze sebagai bapa kandung.