KERANA NAK HIDUP MEWAH - Lina Jual Badan


Seperti kebanyakan wanita lain yang bekerja di pejabat, dia berpakaian sopan 
walaupun tidak bertudung bersesuaian dengan kerjayanya sebagai kerani akaun 
di sebuah syarikat swasta di ibu kota.

Sepanjang waktu bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang, wanita ini juga dikenali 
sebagai pekerja komited yang sentiasa mampu menyiapkan tugasan dalam masa 
ditetapkan.

Di pejabat juga, dia dianggap wanita pendiam yang tidak mempunyai banyak
kawan selain bukan daripada jenis mengada-ngada dan gemar menarik
perhatian lelaki termasuk bos.

Itulah imej Lina, 32, pada siang hari. Bagaimanapun, apabila tiba waktu malam, 
wanita dari selatan tanah air ini berubah `kulit’ apabila licik menjual tubuh bagi 
menampung kehidupan mewahnya di ibu kota. 

KONGSI KEPADA RAKAN