Beri RM50 selepas dirogol bergilir-gilir


KABONG – Seorang gadis berusia 17 tahun mendakwa dirogol bergilirgilir 
oleh dua rakannya dalam satu kejadian di kawasan sebuah kilang di Gerigat 
dekat sini, petang kelmarin.

Terdahulu, mangsa dikatakan melepak bersama dua suspek yang berusia 
dalam lingkungan 30-an pada jam 6 petang.

Selepas beberapa ketika, mangsa difahamkan menyatakan keinginan untuk 
pulang ke rumah tetapi dihalang oleh kedua-dua suspek.

Sejurus itu, suspek pertama dipercayai bertindak menolak dan mencekik
mangsa sambil mengacukan sebilah pisau ke lehernya.

Kemudian, suspek dipercayai menarik seluar mangsa sehingga ke paras 
lutut dan terus merogolnya.

Ketika dirogol, mangsa mendakwa sempat menjerit dan menggigit bahu 
kanan suspek.Setelah selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek 
kedua pula bertindak merogol mangsa, manakala suspek pertama 
menahannya.

Persis drama di televisyen, selesai merogol mangsa, suspek kedua mem-
beri ‘habuan’ RM50 dengan memasukkan wang tersebut ke dalam poket 
seluar mangsa.

Selepas kejadian, mangsa yang trauma tampil membuat aduan di Balai 
Polis Kabong sebelum dibawa ke Hospital Saratok untuk pemeriksaan.

Berdasarkan laporan mangsa, polis menjalankan siasatan dan berjaya 
menahan suspek kedua, manakala suspek pertama masih diburu.

Suspek kedua kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi
membantu siasatan kes tersebut yang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun 
Keseksaan, lapor The Borneo Post.

KONGSI KEPADA RAKAN