GARA-GARA ditegur oleh seorang murid darjah tiga kerana meludah di
tingkap, seorang ustaz bertindak meludah ke dalam mulut murid tersebut.
Kejadian tersebut dikongsikan di akaun Facebook Oh!Media menerusi satu
salinan laporan polis yang dibuat oleh penjaga mangsa.
Menurut pengadu, anaknya kemudian balik ke rumah dalam keadaan menangis.
Kejadian itu turut disaksikan oleh murid-murid lain.Sebelum ini, beberapa kes
hukuman yang tidak masuk akal oleh beberapa guru kepada pelajar pernah
dilaporkan oleh media tempatan.
Ia termasuklah mengarahkan pelajar makan rumput, menghentak kepala ke
meja dan merotan muka pelajar.Diharap selepas ini, tiada lagi hukuman
keterlaluan dikenakan terhadap pelajar oleh segelintir guru kerana secara
tidak langsung ia akan merosakkan nama baik golongan pendidik di negara kita.