Hanya Kerana Topup RM10.00 Aliya Sanggup Melacurkan Diri


Hanya topup RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 
17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan 
hubungan seks dengannya.

Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang
hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya 
sejak berusia 15 tahun lagi, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai aliya
berkata,dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas
dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak
di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain 
 mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu 
 menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.

Aliya berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang
rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh
wang dengan mudah.

“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke 
 sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi 
 seorang lelaki berusia sekitar 30-an. “Sebelum berbual, saya melihat lelaki 
 berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu 
 mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan 
 perasaan takutdan gemuruh,” katanya.

Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah
sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring. “Saya hanya tersedar 
beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya
hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan 
sejumlah wang untuk saya,” katanya.

Aliya berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan 
hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali 
saja semata mata untuk memperoleh topup free. “Selepas kejadian itu, saya 
sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga
mampu hidup senang.

“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan 
 pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan
akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya. “Mungkin itu balasan atas per-
buatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah.

Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya.

-wwsaja

KONGSI KEPADA RAKAN