GILER !!! Pemandu Teksi Jepun Ketagih Tengok Perempuan Tahan Kencing Dalam Teksinya

Perangai pelik seorang pemandu teksi yang ketagih melihat penumpang wanita
nya menahan kencing terbongkar. Seorang pemandu teksi di Osaka ditahan 
kerana disyaki sengaja menyeksa penumpang wanita bagi mendapatkan ke-
puasan melihat mereka terdesak mahu membuang air kecil.


Jurucakap polis berkata, Toshihiko Nishi, 41, biasanya memujuk penumpang 
wanita menaiki teksinya untuk perjalanan jarak jauh. Untuk melembutkan hati
bakal mangsa, Nishi menawarkan tambang separuh harga untuk perjalanan 
berkenaan.

Seorang mangsa memberitahu polis dia diberi cawan kertas mengandungi biskut
ketika menaiki teksi Nishi. Apabila dalam perjalanan, Nishi memberi mereka 
biskut diselaputi bahan yang membuatkan mereka terdesak mahu membuang 
air kecil.

Seorang mangsa berkata, “Tidak lama selepas makan biskut itu saya terasa 
mahu membuang air kecil dan meminta Nishi berhenti namun dia tidak me-
ngendahkannya." "Sebaliknya, Nishi memberi sehelai kertas penyerap dan
meminta saya kencing di situ."

Polis yang menyerbu rumah Nishi menemui rakaman video melalui kamera 
rahsia yang dipasang pada teksinya. Melalui rakaman itu dapat dilihat kira-kira 50 wanita terkencing di tempat duduk belakang teksinya. - Says

KONGSI KEPADA RAKAN