Satu kejadian yang amat menggelikan hati berlaku di Sabah beberapa hari lalu
apabila seorang lelaki dewasa didapati terberak dalam seluar di dalam sebuah
Bas Ekspress Manis.
Seorang pengguna Facebook yang juga penumpang bas tersebut menceritakan
kejadian yang dianggapnya sebagai " "., beliau memuat naik dua keping gambar
menunjukkan Bas Ekspress tersebut yang terpaksa berhenti di bahu jalan setelah
menempuh perjalanan selama 2 jam dari Kota Kinabalu. Penumpang yang tidak
tahan menghidu bau busuk di dalam bas tersebut terpaksa keluar untuk menda-
patkan udara segar.
Tambah beliau lagi, kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi penumpang dan
ada di antaranya yang marah atas sikap tidak bertanggungjawab lelaki ber-
kenaan.
Namun, setelah selesai membersihkan diri di tandas bas itu, lelaki berkenaan
memohon maaf kepada semua penumpang yang ada. Akhirnya, rata-rata
penumpang tidak dapat menahan ketawa dan setelah bas itu kembali meneruskan
perjalanan, masih ramai yang tidak kering gusi mengenangkan peristiwa bersejarah itu.