Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014. Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia?


Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014. Indonesia Kalahkan Malaysia.
Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking 
kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan
ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas Berita Semasa hari ini tetapi me
libatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat
sejak semalam. Apakah kredibiliti…..

Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya
melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media 
elektronik utama negara termasuklah Astro Awani semalam. Bagi Berita 
Semasa sendiri….

Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di 
seluruh dunia. Nasihat Berita Semasa hentikan pembohongan ini.

GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk  ”entertainment” 
semata, jangan percaya. Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini :


Melihatkan senarai ranking yang kekuatan tentera di dunia 2014 mem
buatkan Berita Semasa terpinga-pinga dan tersenyum seketika.

Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya me
ngalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan 
ketenteraan Malaysia. Begitulah gambaran senarai ranking kekuatan
tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan oleh GlobalFirePower seperti 
di bawah ini :

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014







 Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk perbelanjaan besar melibatkan
 sumber ketenteraan Singapore, Berita Semasa boleh mengatakan teknologi
 ketenteraan Singapore lebih hebat berbanding negara kita Malaysia. 

Tetapi apabila melibatkan aspek strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan
 tentera Malaysia daripada aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya
 berada di kelas tersendiri.

Contohnya sejarah telah membuktikan, bagaimana dalam episod black Hawk 
Down, pengorbanan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia walaupun cuba 
dipadamkan catatan sejarah tersbeut dalam filem Black Hawk Down.

Walaubagaiamanapun baru-baru Pemangku Penolong Setiausaha Negara 
Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly mengakui dan mengucapkan 
terima kasih dengan jasa dan pengorbanan tentera Malaysia yang begitu 
berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang 
ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

P/S : Berita Semasa yakin, dengan bajet Kementerian Pertahanan yang besar
sepertimana yang diumumkan dalam Bajet kerajaan Malaysia, kita mampu 
melakukan pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan yang lebih 
berkualiti pada harga yang munasabah jika diuruskan dana dengan lebih 
cekap, penuh amanah & bertanggungjawab serta dijauhkan oleh kelompok 
yang lebih mengutamakan keuntungan poket mereka sendiri berbanding
kepentingan keselamatan negara.-SUMBER
KONGSI KEPADA RAKAN